Walaupun sudah mencecah usia yang agak tua, seorang pakcik yang berumur 70-an ini terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer, ulang alik dari tempat kerja ke rumahnya.

Video tular yang telah dimuatnaik oleh seorang aktivis kebajikan menerusi laman TiktTok iaitu @saharuddinamirullah, beliau dilihat menghentikan kenderaanya di bahu jalan untuk membantu warga emas tersebut.

@saharuddinamirullah

Apa lagi pilihan yang pakcik ada katanya kalau tidak kerja tiada apa yang boleh dimakan.

♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Tiada Kenderaan Untuk Bergerak Ke Tempat Kerja

“Kebiasaannya asnaf yang lain pergi tempat kerja menaiki basikal. Tapi pakcik ini cuma berjalan kaki, padahal tempat tinggal dengan tempat kerjanya sejauh 2km. Dia tiada basikal sebab tiada duit nak beli basikal. Anak pakcik tu semua perempuan dan tidak bekerja sebab masih remaja belasan tahun”, jelas Saharuddin kepada media Mstar.

Pemuda aktivis itu sempat memberikan beberapa bantuan yang terisinya bakul makanan berisi beras, minyak masak dan telur kepada warga emas berkenaan.

Hanya Menerima Gaji Sebanyak RM45 Sehari

Semasa di dalam kereta, Saharuddin dan pakcik tersebut terlihat sedang berborak-borak sambil menuju ke destinasi rumah pakcik ini. Dan beliau mendedahkan bahawa gaji yang beliau terima untuk sehari adalah sebanyak RM45 sahaja.

“Gaji sehari pakcik RM45. Tapi kalau tiada kerja, tak boleh makan. Apa lagi pilihan yang pakcik ada kalau tidak kerja, tiada apa yang boleh dimakan”, ujarnya.

Netizen Menghujani Ruangan Komen

Meninjau di ruangan komen laman TikTok aktivis berkenaan, kesemua yang meninggalkan komen di ruangan itu sangat sedih melihat keadaan pakcik yang sudah tua terpaksa bekerja tatkala di usia tua.

Kredit: TikTok saharuddinamirullah, Mstar

[fbcomments]