Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada 1 Ogos lalu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan romantis buat isterinya yang tercinta menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana  mempertemukan dia dengan isterinya serta mengucapkan terima kasih buat bidadarinya itu kerana sudi menjadi isterinya.

Ustaz Ebit berkata meskipun sudah 12 tahun bersama tetapi setiap hari beliau jatuh cinta cinta pada isterinya dan rasa seperti pengantin baru. Ujarnya, tanpa isterinya tidak mungkin beliau mampu mengecap kejayaan hari ini.

[fbcomments]