Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 di negara kita semakin membimbangkan. Malah semalam sahaja Malaysia telah mencatat sehingga lebih 3,000 kes sehari!

Terbaru, Astro Awani melaporkan seramai 16 sekeluarga didapati positif Covid-19 selepas menghadiri satu pertemuan bersama keluarga mereka di Lembah Klang.
Pulang dari zon merah
Malahan, terdapat seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, yang turut menerima tempias yang sama. Menerusi sumber KKM, kesemua mereka tinggal di rumah yang sama di Labis, Segamat.
Difahamkan mereka sekeluarga telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor pada 17 hingga 25 Disember yang lalu.

Meninggal dunia
Apa yang lebih menyedihkan ialah, seorang warga emas berusia 60 tahun yang turut bersama telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 3 Januari lalu.
Sebelum kejadian ini berlaku, dia sudah menghidap beberapa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Selepas pulang dari Kuala Lumpur, dia mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas.
Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat bagi rawatan susulan sebelum meninggal dunia.
Sehari selepas itu, pihak KKM mengesahkan salah seorang anggota keluarganya didapati turut positif Covid-19

Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati 16 anggota keluarga warga emas itu positif COVID-19.
Sebahagian daripada mereka sedang menjalani kuarantin manakala sebahagian lagi ditahan di hospital untuk rawatan
Sumber: Awani