Sekurang-kurangnya enam orang murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Malim cedera selepas dihempap siling dalam kejadian ribut, pagi tadi.


Siling itu runtuh ketika sesi pembelajaran bermula sekitar jam 10 pagi, apabila sebahagian bumbung bangunan di sekolah diterbangkan angin.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada jam 10.17 pagi.

Maklumat awal diterima terdapat 22 murid trauma dan kini dirawat, manakala enam murid didapati cedera ringan serta luka di kepala dipercayai dihempap siling.

Murid yang cedera kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Bagai dilanda tsunami

[VIDEO] Bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Malim, Melaka rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat tengah hari tadi.Berita penuh klik shorturl.at/oqxMT

Posted by Kosmo Online on Isnin, 10 Ogos 2020
[fbcomments]