Empat sekeluarga dari negara sebelah dilaporkan maut selepas kesemua mangsa dipercayai terjun bersama-sama dari tingkat 22 sebuah apartmen yang terletak di Penjaringan, Jakarta, Indonesia.

Maut Terjun Bangunan

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @Heraloebss di laman X, ia memaparkan detik-detik kesemua mangsa yang terlibat sebelum berlakunya tragedi. Dalam video tersebut, kelihatan mangsa menaiki lif ke tingkat 21 sebelum menggunakan tangga kecemasan untuk akses ke bumbung tingkat 22.

Menurut Ketua Polis Daerah Penjaringan Metro iaitu Komisioner Agus Ady Wijaya, beliau memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku di Apartmen Topas Menara Teluk Intan, Jakarta Utara itu adalah kejadian bunuh diri dan pihak mereka masih menentukan motif yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

Dalam kejadian itu, mayat keempat-empat mangsa telah ditemui oleh pegawai keselamatan yang bertugas sewaktu kejadian. Difahamkan pegawai terbabit terdengar bunyi dentuman kuat dan beliau segera menghampiri bunyi berkenaan dan mendapati kesemua mangsa terbaring di atas jalan.

Sempat Cium Keluarga Sebelum Terjun Bangunan

Berdasarkan laporan polis, identiti keempat-empat mangsa yang maut dikenal pasti sebagai EA, 51, AIL, 50 yang merupakan pasangan suami isteri, serta dua anak mereka iaitu JL, 15 dan JW, 13.

“Di dalam lif, EA mencium dahi tiga yang lain. Selepas mencium dahi, AIL dilihat mengumpul telefon bimbitnya daripada semua orang untuk naik ke tingkat atas,” jelas ketua polis.

Polis menyifatkan kes terbabit sebagai bunuh diri dan kini siasatan masih dijalankan untuk mengetahui apakah motif sebenar disebalik kematian mereka sekeluarga.

Kredit: portal Serambinews

[fbcomments]