Cuba bayangkan nasi lemak panas, lembut dengan rasa santan dan bau wangi daun pandan. Ditambah dengan sambal pedas-pedas manis, timun, kacang dan ikan bilis. Lebih “terangkat” kalau ada ayam goreng panas crunchy atau sambal kerang/sotong. Fuhhh padu!

Okay, tanpa membuang masa, kali ini team BawangRangers nak kongsikan lokasi gerai atau kedai menjual nasi lemak yang paling awesome sekitar KL dan Selangor.

1. Restoran Village Park

Village Park ini memang agak popular di kalangan warga Petaling Jaya. Hidangan nasi lemak di sini bukan saja disajikan sebagai resepi asal malah ditambah dengan rendang yang juga sudah cukup sebati dengan rakyat Malaysia.

Jika tak terasa nak makan nasi lemak, usah risau. Korang tak akan pulang dengan perut kosong. Ini kerana terdapat pelbagai lagi pilihan lain yang boleh dicuba. Antaranya ialah Mee Rebus Singapura, Mi Kari, Rendang Daging, Lontong, Asam Laksa, Set Nasi Dagang dan macam-macam lagi lah.

Kalau korang nak tahu, restoran ini juga merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran serta pilihan selebriti tanah air, ahli-ahli politik serta VVIP. Antaranya ialah Tun Dr Mahathir, Najib Razak, Dato’ Lee Chong Wei dan ramai lagi.

Alamat:
5, Jln SS 21/37 (Damansara Utama) – Berhampiran Uptown Damansara

Waktu Operasi :
Isnin- Jumaat : 7:00 pagi- 7:30 malam
Sabtu & Ahad : 7:00 pagi – 6 petang

2. Nasi Lemak Wanjo

Nasi Lemak Wanjo merupakan antara restoran nasi lemak paling ‘top’ di KL, restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo.

Nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi, jadi jelaslah yang ianya memang ‘legend’.

Nasi lemak ini memang cukup flavourful apabila dimakan dengan lauk-lauk yang dihidangkan seperti limpa, sambal sotong, ayam goreng dan pelbagai lagi! 

Kami yakin jika anda ke sini pasti anda akan ambil lebih dari sejenis lauk. Semua nak try, rambang mata.

Alamat:
8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.30 pagi – 12.00 tengah hari
3.00 petang – 1.00 pagi

3. Nasi Lemak Bumbung

Jika inginkan nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut, serta sambal pedas manis, bolehlah singgah di Nasi Lemak Bumbung, SeaPark.

Ia juga dikenali sebagai Nasi Lemak Babi. Ini kerana 2 perkara iaitu makanan kat sini “sedap gila babi” dan yang keduanya, gerak Nasi Lemak ni terletak berdekatan dengan gerai makan Bak Kut Teh.

Kalau korang nak tahu, Nasi Lemak Bumbung pernah diletakkan di dalam senarai 12 Nasi Lemak di Kuala Lumpur melalui laporan sebuah akhbar atas talian selain mendaapt rating yang tinggi di sebuah laman sesawang peminat makanan.

Alamat:
Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya.

Waktu Operasi : 
5:30 petang – 4:00 pagi

4.  Nasi Lemak Tanglin

Nasi Lemak Tanglin ini terletak di Medan Selera Tanglin berhampiran dengan  Klinik KesihatanTanglin dan Masjid Negara. Ia memang popular sejak dahulu lagi dan menjadi kegemaran warga kota.

Menurut review dari para pelanggan, Nasi Lemak Sambal Sotong adalah antara menu yang paling mendapat sambutan.

Waktu Operasi :
7pagi – 1petang

Alamat:
Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari, Desa Sri Hartamas,Kuala Lumpur.

5. Medan Selera Jalan 223

Medan selera ini dibuka 24 jam, satu berita baik jika anda mengidamkan nasi lemak mereka pada jam 3 pagi. Serbu sahaja Medan Selera 223 untuk mengisi perut yang berkeroncong itu!

Ada dua gerai yang sangat popular dengan nasi lemak mereka –  Nasi Lemak Panas Gerai Yatie  dan Nasi Lemak Panas Suri. Kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri.

Nasi Lemak Panas Suri ini sangat popular dengan hidangan nasi lemaknya yang istimewa. Sambal untuk nasi lemaknya pedas, memang cocok dengan peminat makanan pedas.

Untuk  Nasi Lemak Panas Gerai Yatie pula, gerai ini menyediakan nasi lemak yang sambalnya manis namun keenakkannya masih terjamin. Sesuai jika anda kurang menggemari nasi lemak yang terlampau pedas.

Alamat:
Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
24 jam

6. Nasi Lemak Saleha

Nasi Lemak Saleha ini juga merupakan antara restoran nasi lemak paling popular di KL.

Restoran ini sudah lebih 10 tahun beroperasi, jadi memang ‘legend’ restoran ini. Keistimewaan utama nasi lemak di sini terletak pada aroma nasinya yang harum dan memikat dan tekstur nasinya juga lembut.

Alamat:
No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 1 pagi

7. Nasi Lemak Antarabangsa

Namanya memang cocok sekali dengannya. Nasi Lemak Antarabangsa ini memang bertaraf antarabangsa dek kerana popularitinya dan rasanya yang terlajak sedap!

Terlalu banyak lauk pauknya, silap-silap korang pun tak tahu nak pilih yang mana.

Alamat:
4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Setiap hari, 12 am – 12 pm, 6 pm – 12 am
Isnin, 6 pm – 12 am

[fbcomments]