Nampaknya isu pelajar terkandas ekoran salah faham mengenai pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal untuk semester baharu di intitusi pengajian tinggi telah mendapat perhatian banyak pihak.
Nak bantu pelajar yang terkandas
Masalah ini turut menarik perhatian seorang pendakwah muda yang sangat terkenal dengan sikap pemurahnya, Ustaz Ebit Lew. Beliau telah menyuarakan hasratnya untuk membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas bagi membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan.
Semoga segala urusan dipermudahkan.