Baru-baru ini kecoh satu kisah yang mengatakan seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang mendakwa dirinya seperti ditipu oleh seorang jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Perkara ini berlaku dimana wanita tersbeut mendakwa bahawa dia tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran pun daripada jutawan tersebut seperti yang dijanjikan.
Di tawar sebagai duta produk
Cerita asalnya saya jatuh. pada tahun 2017 masa tu saya demam. Saya bangun nak ke bilik air saya dah tak boleh bangun dah. Sejak daripada tu saya tak boleh berjalan hingga 2019.
Lepas hari raya 2019 saya bertemu dengan wakil daripada syarikat kosmetik tu. Saya nak betulkan kat sini, bukan saya yang cari mereka, tapi mereka yang cari saya. Mereka tahu pasal saya melalui akhbar Sinar Harian.
Menurut Wani, dia telah didatangi usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Selepas buat pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak.
Tetapi saya tak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut.
Hanya janji kosong
Ujarnya wanita itu lagi, selepas selesai menjalani pembedahan bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.
Segala rekod kesihatan selepas saya menjalani pembedahan dipegang pihak usahawan tersebut dan saya tak tahu status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.
Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan, tapi saya tak terima apa-apa bantuan pun.
Terima upah kurang daripada RM1,000
Saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas terlibat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan.
Pada sidang media itu, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

Saya telah dimarahi hanya kerana telah menerima bantuan daripada pihak lain. Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikecam dan dicaci netizen dengan tuduhan tidak berasas.
Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata.
Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menuntut pampasan dan habuan yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.
Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Alif tepis dakwaan ambil kesempatan
Walau bagaimanapun, Alif Syukri nampaknya tidak berdiam diri malah menerusi hantarannya di Instagram, Aliff menafikan bahawa dia telah mengambil kesempatan di atas keadaan wanita tersebut.
Malah menurut Aliff, dia sudah lama memberitahu pada umum bahawa dia akan melakukan pembedahan ‘Bariatic’ (pembedahan bertujuan menurunkan berat badan) pada remaja itu atas nasihat doktor.

Malah pembedahan tersebut juga berjaya dilakukan sehingga membolehkan Wani mampu bergerak seperti biasa berbanding sebelum ini.

Usahalah sendiri cari rezeki
Jelas Aliff, dia tidak menolak antara punca Wani nekad berbuat demikian adalah kerana dihasut oleh sesetengah pihak dan usahawan ini turut menasihati Wani agar terus berusaha sendiri untuk mencari rezeki.
Kepada Wani terima kasih banyak-banyak.Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii.Dah boleh jalan carilah rezeki.Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga,awak nak harap duit bantuan sampai bila
Sepanjang rawatan,kos semua saya tanggung,bayar coach theraphy kaki,makan,tempat tinggal semua saya yang tanggung.seposen pun tak minta duit awak adik wani.Jadi jangan menangguk di air yang keruh.(kita lihat siapa yang kena saman😜) dan rasa ye korang tau kot siapa cucuk si @wani.chomel ni kan. korang rasa siapa??