Seorang pengawal keselamatan di Pulau Pinang, isteri dan tiga anak kecil mereka terpaksa menjalani kehidupan seharian hanya di dalam kereta Proton Saga Aeroback yang sudah mencecah usia 20 tahun.

Bagi insan bernama Ganesh Soundarajah, kereta itu telah menjadi rumah buat dia, isteri dan tiga orang anaknya sejak lapan bulan lepas selepas rumahnya di Carnavon Street terbakar pada April lalu.

Anak kecil berusia 8 bulan

Malah, itulah satu-satunya rumah yang dikenali oleh bayinya yang baru berusia lapan bulan.

Ganesh berkata setiap hari dia akan membawa kereta Proton terpakai tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti dan berteduh sementara di sesuatu lokasi di sekitar George Town dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.

Kami bergerak merata dan ke mana sahaja tempat yang mempunyai tandas awam supaya kami boleh mandi, basuh baju dan mendapatkan bekalan air bersih.

Kadangkala, kami berhenti di sepanjang Sepoy Line, Gurney Drive, Esplanade atau di sekolah tempat saya bekerja.

Duit dibelanjakan untuk keperluan anak

Ganesh turut menyatakan bahawa mereka telah hilang segala harta benda sewaktu kebakaran tersebut dan hanya memiliki pakaian yang dipakai ketika kejadian serta kereta Proton Saga yang diberi oleh ibunya.

Saya tiada pilihan lain melainkan tinggal dalam kereta ini kerana saya tidak mampu membayar deposit untuk bilik atau rumah, lebih-lebih lagi kebanyakannya meminta RM 800 hingga RM 900 sebagai wang pendahuluan.

Saya hanya memperoleh RM1,200 sebulan dan kesemuanya dibelanjakan untuk makanan dan keperluan anak-anak saya.

Parking kereta berdekatan sekolah

Pada waktu malam, saya parking kereta berdekatan sekolah tempat kerja saya untuk menjaga keselamatan keluarga saya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ganesh tidak menunjukkan sebarang harapan atas sebarang bantuan.

Dulu, waktu rumah kami terbakar ramai yang datang untuk memberi barang makanan dan menangkap gambar seperti kamu semua. Lepas itu, semua orang menghilangkan diri. 

Kami hanya mahukan rumah

Kami hanya mahukan sebuah rumah. Boleh ke sesiapa tolong kami?

Anak-anak Ganesh, Girthikanesh, 6, dan Devi Shri, 3, dilihat sentiasa gembira seakan-akan tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi keluarga mereka.

Saya sangat gembira bila melihat anak saya makan. Saya hanya boleh menangis bila anak saya beritahu mereka sedang lapar, tetapi tiada makanan yang boleh saya berikan kepada mereka.

[fbcomments]