Pelakon Sharifah Husna, mengaku telah lama melupakan kerjaya dalam bidang perubatan demi mengejar cita-cita dalam dunia seni.

Husna atau lebih dikenali sebagai Sharifah Husna Syed Feizal, 30, berkata, dia menyambung pelajaran dalam bidang perubatan demi menunaikan permintaan ibu bapanya. Sekarang merupakan masa untuk dia mengejar impiannya tersendiri.

“Memang saya dah lupakan untuk menjadi doktor. Belajar dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa dan saya telah tunaikan dengan tamat belajar

“Berlakon pula adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali jadi kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai

Tidak kisah kata orang

Husna juga berkata dia tidak kisah akan pendapat orang lain yang mempersoalkan tindakannya meninggalkan bidang perubatan tersebut.

“Saya lakukan perkara ini untuk diri saya.. Saya mahu jadi diri sendiri dan berkerja dalam bidang yang saya minat

Husna berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada 2019 dan merupakan graduan dari Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland.

Kini, nama Husna semakin dikenali dan mendapat tempat dalam kalangan peminat. Husna juga telah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela ke-8 baru-baru ini.

Rupa paras hanya bonus..

Husna yang berdarah campuran Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab,British, Portugis, Belanda dan Indonesia itu mengaku yang rupa paras hanyalah bonus. Apa yang lebih utama adalah kejayaan menghidupkan watak.

“Untuk saya ke tahap ini, saya terpaksa berusaha keras. Saya banyak menghadiri kelas lakonan termasuk bersama Nabila Huda dan Fauziah Nawi,”katanya.

Sekadar info, Husna telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Halim Radzi pada Oktober tahun lalu.

Sumber: mStar

[fbcomments]