MH370 yang hilang sembilan tahun lalu merupakan tragedi yang tidak mungkin kita lupakan. Pada malam 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airline itu membawa seramai 227 penumpang dan 12 krew dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pelbagai teori muncul selepas kehilangan pesawat tersebut. Terdapat bermacam dokumentari juga dihasilkan dari kejadian tersebut.

Kini, Netflix pula bakal menyiarkan sebuah dokumentari MH370: The Plane That Disappeared pada 8 Mac depan iaitu tarikh pesawat itu hilang dari radar. Dokumentari yang mempunyai tiga episod itu cuba merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777 yang setakat ini hanya beberapa serpihan sahaja ditemukan selepas pencarian dilakukan selama beberapa tahun.

MH370: The Plane That Disappeared

Episod pertama akan membawa paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370, termasuk timbul teori konspirasi dan tuduhan tidak berasas.

mh370

Episod kedua bakal menampilkan beberapa pakar yang akan membincangkan mengenai pesawat MH17 yang ditembak peluru berpandu Rusia sebelum terhempas.

Sementara episod ketiga pula bakal memaparkan penemuan serpihan besar dipercayai milik MH370 yang hanyut di lautan di Timur Afrika.

Trailer berdurasi 1:51 minit ini akan memberikan sedikit gambaran tentang keseluruhan dokumentari berkenaan yang bakal ditayangkan di Netflix pada 8 Mac 2023.

Antara persoalan utama yang yang dibangkitkan dalam dokumentari ini adalah siapakah yang bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat MH370?

Baca artikel lain tentang Pramugari MAS Dipecat Kerana Berat Badan Terlebih 0.7 Kg Sahaja! di sini.

Sumber: Malaysia Dateline

[fbcomments]