Pelakon dan pengacara berdarah kacukan India-Scotland, Amelia Henderson mendedahkan dia tidak suka memasak dan duduk di dapur.

Amelia Thripura Henderson, 28 berkata kerjayanya sebagai anak seni yang menuntutnya sentiasa berkerja menyebabkan dia tiada masa untuk menghidangkan hidangan di rumah.

“Saya seorang yang tidak memasak di rumah kerana sentiasa ‘on the go’. Lagipun terus terang saya tak pandai memasak langsung.
“Saya lebih suka makan dari memasak dan duduk di dapur. Lagipun gaya hidup saya sebagai pelakon yang sangat sibuk ini membuatkan saya balik ke rumah hanya untuk berehat dari memasak,” katanya.

Ditanya jika dia akan memasak selepas berkahwin nanti, Amelia secara berseloroh mengatakan dia akan mencari suami yang pandai memasak.

“Setakat ini saya boleh kata belum tiba masanya lagi untuk saya jadi kreatif dan belajar memasak.
“Nak kahwin nanti mungkin saya kena cari calon suami yang pandai masak kerana dia pun kena tolong bukan tanggungjawab isteri seorang,” katanya.

Sekadar info, Amelia akan bergandingan dengan Cef Raymond dalam sebuah episod di program Star vs Food musim kedua. Amelia mengaku dia sedikit gementar apabila dapat tawaran program memasak bersama Cef Raymond.

“Yelah, kalau di rumah untuk makan sendiri saya hanya tahu buat sandwich atau goreng nugget ayam dalam air fryer sahaja.”

Baca artikel tentang Syed Saddiq & Amelia Henderson Main Badminton Bersama di sini.

Sumber: Astro Gempak

[fbcomments]