Pelakon cantik Sophia Albarakbah mengakui dia sedang dilamun cinta dengan seorang lelaki yang juga merupakan seorang doktor.

Sophia, 30, berkata teman lelakinya itu sentiasa memberi semangat ketika dia berdepan kontroversi dituduh sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Walau bagaimanapun, Sophia enggan berkongsi lanjut tentang hubungan tersebut.

“Dia doktor, bukan orang industri.”

“Saya tak gemar kongsi hal peribadi. Kalau sudah kahwin nanti saya akan kongsi kepada semua. Tapi orang yang rapat dengan saya tahu siapa jejaka tersebut.”

Boleh panggil Mr Doctor

“Buat masa sekarang ini cukuplah dia dikenali sebagai Mr Doctor. Dialah yang ada di sisi saya ketika berdepan kontroversi sebelum ini. Dia membuatkan saya jadi seorang yang lebih kuat,“katanya kepada mStar.

Sophia juga meminta untuk tidak lagi membangkitkan kontroversi tersebut memandangkan drama lakonan mereka berjudl Ku Akad Kau Dengan Bismillah sudah selesai penggambaran.

Bagi Sophia cukup pihak terlibat yan tahu cerita sebenar di sebalik kejadian termasuk Bella yang pernah mendedahkannya bermain cinta dengan Aliff di lokasi penggambaran.

“Saya rasa cerita ini sudah lama dan semua orang patut move on. Kami pun sudah selesai menjalani penggambaran. Cukuplah hanya orang-orang terlibat saja tahu.”

“Soal hubungan saya dengan Bella pun, saya rasa tidak perlu beritahu. Kami berada dalam industri sama. Jadi kalau ke mana-mana pun pasti akan terserempak.”

Hormat keputusan Aliff untuk tidak berlakon bersama

Sophia berkata dia menghormati keputusan Aliff yang pernah membuat kenyataan enggan berlakon bersama lagi selepas kontroversi mereka. Dalam masa sama Sophia juga mengaku emosinya sedikit terganggu lantaran menerima pelbagai kecaman termasuk dari rakan artis.

sophia albarakbah

“Soal berlakon sama dengan Aliff, kenalah tanya kepadanya sebab dia yang berkata demikian. Saya hormat keputusan tersebut.”

“Memang sakit apabila ramai yang bercakap tentang hal ini. Tambah lagi ketika itu saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi semua orang ada hak untuk bercakap.”

“Saya tidak boleh marah-marah atau berkecil hati kerana yang memeberi komen pun tidak tahu hal sebenar,”katanya.

Menjengah di ruangan komen video temuaramah tersebut di Budiey Instagram, pelbagai reaksi yang diberi netizen. Antaranya..

Sumber: mStar

[fbcomments]