Beberapa minggu yang lepas, pasangan Safawi Rasid dan juga isterinya Syifa Melvin telah mendedahkan bahawa mereka bakal menimang anak pertama selepas membuat pendedahan semasa temubual media pada akhir perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Solomon pada Jun lalu.

Bakal Timang Bayi Lelaki

“Bismillahi Mashaallah , Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah.. Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik.. Ibu can’t wait to see you love“, ucapan ringkas yang ditulis oleh Syifa Melvin melalui akaun Instagramnya.

Beliau yang membuat majlis kesyukuran dan juga “gender reveal” pada Ahad itu telah disambut meriah oleh segelintir rakan artis bersama adik beradik dan kawan rapat.

Gelagat Kakak Raih Tumpuan

Keluarga Melvin ini sangat terkenal dengan sifat dan perangai yang kelakar, diketuai oleh pelakon dan juga isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin.

Setelah mereka umumkan jantina anak dalam kandungan, Syatilla dan Syida melompat kegembiraan apabila mengetahui jantina bayi mereka. Mereka terlalu gembira sehinggakan Syatilla melompat ke arah Syida dan mereka terjatuh di atas lantai.

Gelagat mereka berdua sekaligus telah membawa tawa kepada semua tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Kredit: Instagram Syifamelvin, Mstar

[fbcomments]