Perkahwinan dengan mengeluarkan bajet beribu-ribu sudah menjadi kebiasaan orang melayu pada masa kini kerana pada pandangan mereka kahwin hanya sekali sahaja. Namun, ada juga individu yang sehabis boleh untuk berjimat asalkan cara mereka halal dan sah disisi Islam kerana tidak mahu berlakunya pembaziran yang tidak sepatutnya.

Bajet Nikah Tak Sampai RM3k

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh @ecaajuraimi di laman TikTok, beliau menyatakan bahawa kesemua jumlah bajet nikah yang beliau keluarkan tidak mencecah RM3 ribu. Di dalam video yang beliau kongsikan, beliau telah nyatakan setiap jumlah keperluan semasa hari bahagianya seperti harga baju nikah, majlis persiapan, makanan, dan sebagainya.

Makeup Sendiri, Gambar Kahwin Ambil Guna Phone Je

Wanita itu turut mendedahkan bahawa baju kahwinnya bersama suami hanya berkos RM250, inai RM60, cincin serta gubahan bunga bernilai RM650. Untuk menu juadah santapan tetamu, mereka berbelanjakan sebanyak RM1000, manakala perkara-perkara lain seperti makeup dan gambar kahwin, beliau memilih untuk membuatnya sendiri.

Benda Mudah Tak Perlu Susahkan

Video yang dimuatnaik oleh beliau kini telah meraih sebanyak 1.3 juta tontonan bersama 102.9ribu likes di TikTok. “Benda wajib dan mudah buat apa susah-susahkan. Yang penting halal. Simple tapi alhamdulilah Allah permudahkan segalanya”, ujar beliau melalui kapsyen ringkas yang ditulis olehnya.

Kredit: TikTok ecaajuraimi

[fbcomments]