Penyanyi terkenal Adira Suhaimi dilaporkan memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu buat kali kedua akibat sudah tiada persefahaman.
![]()
Datuk Red Tidak Setuju Untuk Bercerai
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Adnan atau Datuk Red memaklumkan bahawa anak guamnya itu tidak bersetuju dengan permohonan dibuat oleh isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Punca penceraian tidak boleh nak beri lebih mendalam cuma saya boleh katakan tiada persefahaman di antara mereka. Pada sebutan pertama pada 14 November lalu, Adnan memberitahu mahkamah dia tidak bersetuju terhadap permohonan cerai dibuat Adira”, jelasnya kepada Mstar.
![]()
Adira Enggan Ulas Kerana Tidak Bersedia Lagi
Mengulas lanjut, pihak media cuba untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada Datuk Red berhubung kes berkenaan, namun gagal diperoleh apabila beliau enggan memberi sebarang komen. Adira juga turut enggan mengulas dengan lebih mendalam lagi tentang isu nya itu dan akan memberitahu kepada media sekiranya beliau sudah bersedia sepenuhnya.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Datuk Red di mahkamah sama pada 1 April 2019. Namun beliau menarik semula permohonan tersebut kerana ingin memberi peluang kedua kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.
Kredit: Mstar