Pasangan selebriti iaitu Ayda jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira dengan mengumumkan bahawa mereka telah dikurniakan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki pada Selasa semalam.
![]()
Selamat Lahirkan Bayi Kedua
Khabar gembira tersebut telah dikongsikan di laman Instagram milik kedua-dua pasangan tersebut dengan meluahkan rasa syukur apabila segala urusan menyambut kehadiran cahaya mata kedua mereka dipermudahkan.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam). Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian. 12.12.2023 (tiada jualan murah). Sekarang mommy dan dada sedang kembali ke dunia ‘zombi’ (berjaga malam),” kongsi mereka.
Ayda dan Nabil turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan tangan comel bayi mereka sedang menggenggam erat jari ibu bapanya.
![]()
Alhamdulilah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak henti mengucapkan ucapan tahniah buat Ayda dan juga Nabil disamping mereka turut teruja melihat foto tangan bayi yang dikongsikan pasangan tersebut.
![]()
Kredit: Instagram aydajebat &nabilmahir