Cinta tidak mengenal usia. Ungkapan itulah yang terungkap buat pasangan dari negara sebelah apabila seorang remaja lelaki mengahwini seorang wanita berusia 20 tahun lebih tua darinya.

@zeenlamcova

akad nikah lombok sak aran cinta #lombokwedding #Zeenlamcova #FGđź“·

♬ suara asli – zeenlamcova – zeenlamcova

Kahwin Dengan Ibu Kawan Sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeenlamcova di laman TikTok, difahamkan wanita yang dinikahi remaja yang berasal dari Lombok, Indonesia itu merupakan ibu kepada rakannya yang sudah dikenali sejak kecil lagi. Dalam acara akad nikah yang berlangsung secara sederhana di kawasan kampung itu, kelihatan kedua-dua mempelai tersipu malu sebelum lafaz dimulakan.

Berdasarkan perkongsian jurugambar yang diupah mereka, pasangan pengantin tersebut mempunyai jarak umur sejauh 20 tahun. Majlis mereka turut disaksikan oleh para penduduk serta saudara mara yang hadir melihat saat mereka sah bergelar suami dan isteri.

Mas Kahwin Sebanyak 3 Juta Rupiah

Walaupun hanya kelihatan sederhana, namun pengantin perempuan bernama Husnawati kekal anggun memakai kebaya dan bertudung menutupi kepala berona putih. Manakala pengantin lelaki memakai blazer hitam dan bersongkok ketika majlis pernikahan mereka berlangsung.

Memetik laporan portal Okezone, pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin ditetapkan sebanyak tiga juta Rupiah (RM 905).

Kredit: TikTok zeenlamcova, portal Okezone

[fbcomments]