Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang merupakan suami kepada Bella Astillah dilaporkan telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada hari ini bersama seorang pelakon.

Aliff Ditangkap Khalwat, 3 Jam Tunggu Aliff Buka Pintu

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pasangan pelakon wanita enggan membuka pintu unit kondominium mewah pada awal pagi tadi.

Aliff akhirnya terpaksa membuka pintu berkenaan selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.

Dalam operasj yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van. Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya

Rakaman CCTV Tersebar Mirip Aliff Aziz Dan Ruhainies

Ketika isu Aliff Aziz ditangkap khalwat sedang hangat dibincangkan, rakaman CCTV mula tersebar yang menunjukkan Aliff bersama pelakon Ruhainies sedang berada di dalam sebuah kondominium mewah.

Menerusi video yang bertarikh 25 Februari itu, kedua-dua pelakon ini dilihat sedang berjalan dari arah lobi kondominium menuju ke bahagian lif. Melihat pada klip berkenaan, wanita yang mempunyai iras Ruhainies itu seolah-olah sedar akan kewujudan CCTV lalu cuba untuk menutup wajahnya dengan memakai baju hoodie berwarna putih.

Penularan CCTV itu pada masa yang sama mengaitkan Ruhainies sebagai pelakon wanita yang turut ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) pada awal pagi tadi.

Sementara itu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang ditangkap berkhalwat adalah abang iparnya dan hadir ke Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat.

Didi juga meminta agar semua pihak memberi ruang kepada kakaknya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masih berada dalam keadaan terkejut.

Kredit: Harian Metro, Mstar

[fbcomments]