Hubungan erat yang terjalin antara seorang majikan tempatan dan pekerjanya dari Bangladesh telah mencuri perhatian ramai selepas detik perpisahan mereka tular di media sosial.
![]()
Detik Perpisahan Penuh Emosi, Majikan Hargai Pengorbanan Pekerja Asing Selepas 18 Tahun Berkhidmat
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @en.mustafakamal memaparkan detik mengharukan ketika beliau menghantar para pekerjanya pulang ke negara asal setelah hampir dua dekad menabur bakti di ladang miliknya.
Momen penuh emosi itu berlaku di lapangan terbang apabila mereka berpelukan dan saling mengucapkan terima kasih buat kali terakhir. Reaksi sebak jelas terpancar di wajah masing-masing, menggambarkan betapa kuatnya ikatan yang terbina sepanjang tempoh perkhidmatan.
![]()
Menurut pemilik ladang tersebut, para pekerja ini bukan sekadar tenaga kerja semata-mata, malah telah menjadi sebahagian daripada keluarganya sendiri. Katanya, tanpa usaha dan kesetiaan mereka, ladangnya tidak mungkin berkembang hingga hari ini.
Perkongsian tersebut menerima reaksi positif dalam kalangan warganet yang memuji hubungan harmoni antara majikan dan pekerja. Ramai yang turut tersentuh dengan penghargaan yang diberikan, sekaligus membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan rasa hormat tidak mengenal bangsa atau negara.
![]()
Kredit: TikTok en.mustafakamal