Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun ditahan pihak berkuasa selepas disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita berumur 69 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Lubok China, Alor Gajah, Melaka, malam Isnin lalu.

Pasangan Warga Emas Dicekup Disyaki Bersekedudukan di Lubok China

Serbuan berkenaan dilakukan sekitar jam 10 malam hasil maklumat penduduk kampung, dengan kerjasama imam ketua kampung serta anggota polis sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Menurut sumber kariah masjid, lelaki terbabit difahamkan baru kehilangan isterinya sebulan lalu dan sering dilihat bersama wanita berkenaan di sekitar kawasan kampung.

Walaupun difahamkan mereka tidak tinggal serumah, pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah pernikahan ketika serbuan dilakukan. Kedua-duanya kemudiannya dibawa ke pejabat JAIM bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa nikah.

Gambar serbuan yang tular di media sosial turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Kredit: Sinar Harian

 

[fbcomments]