Baru-baru ini, tular satu perkongsian di platform Threads selepas seorang pengguna media sosial mendakwa berlaku cubaan menukar bayi di sebuah wad hospital.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut, bimbang dan berharap tahap keselamatan bayi di hospital sentiasa dipertingkatkan.

Wanita Rohingnya Cuba Tukar Bayi Di Wad Hospital

Menerusi hantaran itu, pengguna berkenaan mendakwa seorang wanita Rohingya ditempatkan di wad yang sama dengan seorang ibu Melayu. Menurut dakwaan tersebut, bayi milik wanita berkenaan sering menangis, manakala bayi milik ibu di katil bertentangan pula berada dalam keadaan lebih tenang dan tidak banyak meragam.

Pengguna itu mendakwa, ketika ibu kepada bayi berkenaan keluar sebentar untuk menggunakan tandas, wanita tersebut dipercayai mengambil kesempatan untuk cuba menukar bayinya dengan bayi milik pesakit di katil hadapan. Bagaimanapun, tindakan itu dikatakan sempat disedari oleh seorang jururawat yang berada di wad tersebut sebelum sebarang pertukaran berlaku.

Menurut hantaran berkenaan, insiden itu menyebabkan suasana di wad menjadi kecoh dan wanita tersebut didakwa ditegur oleh petugas hospital. Namun, dakwaan mengenai kejadian itu setakat ini adalah berdasarkan perkongsian pengguna media sosial dan tiada pengesahan rasmi berkaitan insiden berkenaan.

Susulan perkongsian itu, ramai netizen tampil meluahkan kebimbangan serta meminta supaya aspek keselamatan di wad bersalin diberikan perhatian lebih serius. Ada yang mencadangkan agar sistem pengenalan bayi seperti penggunaan gelang atau kaedah pemantauan lain dipertingkatkan bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, orang ramai turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau keadaan bayi ketika berada di hospital. Perkongsian tersebut sehingga kini masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Kredit: Thread nurulnurhidayahhh

 

[fbcomments]