Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dilaporkan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika berada di hadapan surau sebuah sekolah dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Video di bawah:
https://x.com/update11111/status/2043293864359030828?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Di Hadapan Surau Sekolah

Insiden tragis itu difahamkan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, sejurus selepas mangsa selesai menunaikan solat Zohor.

Abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15, memaklumkan ketika kejadian dia berada di luar kawasan sekolah sambil menunggu rakannya untuk pulang bersama. Menurutnya, dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa adiknya telah dilanggar sebuah kereta di hadapan surau sekolah. Sebaik menerima berita itu, dia terus bergegas ke lokasi sebelum mendapati adiknya sudah tidak bernyawa dan jenazah berada di tangga surau, lalu memeluk arwah dalam keadaan penuh hiba. Dia turut dimaklumkan bahawa kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya diparkir di hadapan surau berkenaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, berkata dia menerima panggilan telefon daripada adik iparnya ketika sedang berada di tempat kerja sebelum segera bergegas ke sekolah. Setibanya di lokasi, dia melihat anaknya sudah terbaring kaku dan ditempatkan di dalam surau. Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia sangat terkejut dan tergamam melihat jenazah anak tersayang.

Siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan berkenaan. Allahyarhamah merupakan anak ketiga daripada adik-beradik, dan kesemua anaknya kini tinggal bersama adik ipar selepas isterinya meninggal dunia sejak lima tahun lalu.

Jenazah mangsa dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas selepas selesai proses bedah siasat. Kejadian berkenaan turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Azmir Damiri.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]