Seorang individu yang pernah tular sebelum ini, Dicky, kembali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi perkembangan terbaharu dirinya yang kini sedang mempelajari asas penyelenggaraan motosikal secara langsung bersama seorang mekanik jalanan dikenali sebagai “Abang Minyak Hitam Jalanan”.

@dymt1031

sudi ajar cara service motor, Benda kemahiran nie siapa2 pun boleh buat,tapi yg ajar cara buat tu paling Mahal, respect abang Ku 🫡🫡🫡 @minyakhitamjalanan @minyakhitamjalanan_official

♬ suara asli – 𝐬𝐡𝐢𝐠𝐢𝐭𝟑𝟑𝟑 – 𝐆𝐢𝐭𝟑𝟑𝟑

Dari Insiden Tepi Jalan ke Bengkel, Dicky Dalami Ilmu Motosikal

Menerusi perkongsian video di TikTok, Dicky memaklumkan dia menggunakan waktu cuti untuk belajar cara menukar minyak hitam motosikal sebagai langkah permulaan sebelum mendalami kemahiran lain seperti menukar sprocket, rantai dan tayar. Dia juga menjelaskan bahawa pembelajaran tersebut adalah sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan penyelenggaraan motosikal.

Menurut Dicky, sesi tersebut berjalan secara santai dan turut disertai beberapa individu yang membimbingnya sepanjang proses pembelajaran. Dia turut merancang untuk meneruskan pembelajaran tersebut pada masa akan datang jika berpeluang dan mempunyai waktu lapang.

@minyakhitamjalanan_

mungkin ini pun satu rezeki bagi aku ❤️ #fyp #alhamdulillah #masukberandafyp

♬ Bintang Di Surga – 𝗗𝗠

Sementara itu, mekanik jalanan yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan atau Mohd Yusof Mohd Noor turut berkongsi video menunjukkan dirinya mengajar Dicky cara asas menukar minyak hitam pada motosikal. Dalam masa sama, Dicky juga meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu serta membimbing tanpa sebarang bayaran.

Terdahulu, kedua-dua individu ini pernah menjadi tumpuan selepas insiden Dicky berdepan masalah motosikal rosak di tepi jalan. Ketika itu, Abang Minyak Hitam Jalanan membantu membaiki motosikal berkenaan tanpa mengenakan bayaran selepas mendapati Dicky mempunyai kekangan kewangan, sekali gus mencetuskan reaksi positif orang ramai.

Kredit: TikTok dymt1031, minyakhitamjalanan_

[fbcomments]