Seorang guru wanita berusia 30-an ditahan polis selepas sebuah video yang dipercayai merakam perbuatan seksual bersama pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemui oleh keluarga remaja dan pihak sekolah.

Video Ditemui Keluarga Dan Sekolah, Guru Wanita Ditahan Babitkan Pelajar 17 Tahun

Guru terbabit ditahan di sekitar Bandar Kinrara kira-kira jam 10.30 malam pada Isnin lalu selepas laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

Menurut sumber, guru berkenaan dipercayai telah mengenali pelajar itu sejak tahun lalu dan mereka dikatakan beberapa kali bertemu di sebuah hotel di Seri Kembangan serta kediaman wanita terbabit.

Remaja itu mendakwa guru berkenaan pada mulanya mengajaknya keluar berjalan-jalan dan makan sebelum membawanya ke hotel, di mana perbuatan seksual dipercayai berlaku dan dirakam menggunakan telefon bimbit.

Kejadian sama turut didakwa berlaku beberapa kali termasuk di kediaman guru tersebut. Perkara itu bagaimanapun diketahui keluarga remaja dan pihak sekolah selepas video berkenaan ditemui pada Isnin lalu, sebelum pelajar terbabit bersama pihak sekolah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pengesahan lanjut daripada pihak polis berhubung kes berkenaan masih diperoleh.

Kredit: Harian Metro

 

 

[fbcomments]