Pakar bedah di Hospital Daerah Indramayu, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini dilaporkan berjaya mengeluarkan puluhan paku berkarat dari perut seorang lelaki, yang dikatakan memakan paku tersebut dengan sengaja.

Pesakit Alami Sakit Mental

Berdasarkan laporan Kompas, salah seorang pakar bedah yang terlibat dalam prosedur mencabar itu memaklumkan bahawa pesakit berkenaan berusia 22 tahun dan dipercayai mengalami masalah gangguan jiwa (ODGJ).

Difahamkan, kewujudan paku tersebut disedari oleh pakar bedah yang bernama Dr H Rahmat SpB selepas melakukan ujian imbasan sinar-X terhadap lelaki berkenaan. Hasil keputusan dan berdasarkan gambar imbasan, Dr Rahmat memaklumkan bahawa terdapat banyak paku bersaiz besar di perut pesakit.

“Pembedahan segera dilakukan pada Sabtu. Sebanyak 70 objek berbahaya itu berjaya dikeluarkan selepas prosedur selama dua jam. Berdasarkan kenyataan dari keluarga pesakit, dia suka makan paku dan jarum dan perkara tersebut berlarutan selama setahun,” jelas doktor.

Kini, pesakit berkenaan dilaporkan stabil dan masih menjalani rawatan pemulihan.

Kredit: potal Kompas

[fbcomments]