Ada desas-desus yang mengatakan pelakon Ahirine Ahiruddin yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.
Pernah berkerjasama dengan Farid sebelum ini dalam filem Remp-it 2, pelakon berusia 26 tahun itu tegas berkata dia tiada kaitan dengan krisis rumah tangga mereka malah sedang bahagia dengan kekasihnya.
“Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid.
“Macam mana pula nama saya dikaitkan dengan Farid sedangkan saya kini dalam fasa bahagia dengan teman lelaki,” jelasnya.
Ahirine kecewa apabila namanya dipetik sewenang-wenangnya oleh netizen gara-gara video dia dan Farid yang nampak mesra terdahulu.
“Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.

Boleh jejas nama baik
“Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan daripada buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni,” ujarnya.
Pelakon jelita itu juga mengaku dia sudah lama tidak berjumpa dengan Farid dan mengatakan hubugnan mereka hanyalah atas tujuan kerja dan sangat profesional.
“Sebenarnya, saya sudah lama tidak berbual dengan Farid kerana baru kembali dari penggambaran filem Tebus yang membabitkan tempoh lebih sebulan di Sarawak.
“Saya bergandingan dengan pelakon Aedy Ashraf dalam filem itu.
“Jika nak diikutkan, Farid memang selalau training motor atau Muay Thai dengan team saya. Kadang-kadang Diana juga training sekali dengan kami,” kongsinya lagi.
Sumber: xtra