Pada sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkembagan terkini Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 sebentar tadi, beliau ada umumkan bahawa KWSP Majlis Tindakan Ekonomi telah putuskan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion.
Kata Perdana Menteri ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu, termasuk pengurangan caruman sebanyak 4%, berkuatkuasa April 2020 beri lebih wang kepada pencarum untuk memberi barang keperluan harian.