fbpx

Pada malam Sabtu, semalam, Aina Abdul atau nama sebenar beliau Nurul Aina Abdul Ghani telah mengadakan satu persembahan sempena konsert A Night With Aina Abdul Uni Edition di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila beliau tampil dengan memakai busana yang serba anggun tanpa melibatkan sebarang fesyen pelik yang pernah beliau peragakan sebelum ini dan juga telah meraih tarikan istimewa daripada penonton apabila Aina memakai satu aksesori mewah semalam.

Aksesori Berlian Bernilai RM1.6 juta Raih Perhatian

Menurut Mstar, Aina diperkatakan beliau jarang memakai aksesori tetapi untuk malam semalam harga barang perhiasan tersebut bernilai RM1.6 juta. Ia juga tanda kolaborasi beliau bersama sebuah jenama yang bakal beliau hebah satu hari nanti.

Juga, rata-rata peminat Aina memuji cara pemilihan pakai beliau untuk acara konsert tersebut kerana tidak terlalu over dan sedap mata memandang.

“Saya lebih selesa dengan penampilan ringkas begini kerana sesuai mengikut lagu-lagu yang dibawakan. Tiada lagu yang perlu saya berekspetimental”, ujarnya kepada pihak media tentang pemilihan lagu dan busana yang beliau peragakan semasa konsertnya.

Bakal Mengadakan Konsert Di Institusi Lain Pada Masa Akan Datang

Berdasarkan Aina, konsert edisi universiti semalam yang diadakan adalah lokasi pertamanya dan beliau bakal hadir di beberapa institusi pengajian lain di masa akan datang.

Namun, beliau juga tidak terlepas dengan rasa bimbang untuk memilih mengadakan konsert di sebarang lokasi institusi pendidikan apabila baru-baru ini timbul isu pelajar berpesta di sebuah universiti sehingga ada gesaan untuk melarang acara sebegini dibuat dalam kampus.

Walaupun begitu, mujur beliau mendapat bantuan dari pengarah muzik Datuk Mokhzani yang bercakap dengan pihak terlibat untuk meneruskan konsert. “Persembahan saya ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan”, jelasnya.

Tampil Dengan Vokal Yang Mantap Walaupun Tidak Sihat

“Saya pernah membuat persembahan 30 buah lagu dalam keadaan kurang sihat. Persembahan harus diteruskan sebab saya sudah berjanji dengan peminat”, ujarnya kepada Mstar.

Meskipun Aina berada dalam keadaan yang kurang memuaskan, namun beliau tetap bertenaga melemparkan vokal yang memukau agar tiada rasa kehampaan yang dirasakan oleh peminat.

Kredit: Mstar

[fbcomments]