Seorang lelaki bernama Kadir Markus tragis dibunuh oleh rakannya sendiri hanya kerana tidak dapat menjawab soalan yang mana wujud dahulu, telur atau ayam.

Bunuh Kawan Kerana Tak Dapat Jawab Soalan “Telur Atau Ayam” Yang Wujud Dahulu

Menurut laporan portal Kompas, kejadian itu berlaku di sebuah gerai minuman keras di Kabupaten Buton, Sulawesi Tengah, ketika suspek yang dikenali sebagai DR, bertanya soalan tersebut kepada Kadir.

Pada mulanya, mereka minum bersama sambil berbincang mengenai persoalan telur dan ayam. Ketika Kadir tidak dapat memberikan jawapan, dia meminta izin untuk pulang ke rumah.

Namun, suspek bertindak agresif dengan mengambil badik (sejenis parang) dari rumahnya dan mengejar Kadir yang sedang dalam perjalanan pulang. Setibanya di depan gereja, suspek menikam Kadir sebanyak 15 kali.

Ketua Polis Tongkuno iaitu Inspektor Abdul Hasan mengesahkan insiden tersebut selepas suspek menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Pada waktu kejadian, suspek dan mangsa sedang minum arak bersama beberapa saksi. Perbezaan pendapat mengenai topik telur atau ayam yang wujud dahulu mencetuskan pertengkaran yang berakhir dengan pembunuhan.

Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Kredit: portal Kompas

[fbcomments]