Seorang lelaki di Thailand bertindak kejam dengan memukul isterinya hingga maut hanya kerana wanita tersebut tidak mandi, menurut laporan portal Thaiger.

Pukul Isteri Sampai Mati Hanya Sebab Tak Mandi

Leftenan Phayung Kulkhamsaeng dari Balai Polis Mueang Roi Et mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut sekitar jam 10.50 malam waktu tempatan.

Setibanya di lokasi bersama petugas kesihatan hospital, polis mendapati wanita yang dikenali sebagai Praitun sudah tidak bernyawa di dalam bilik air.

Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan serius di badan dan kepala, dipercayai dipukul dengan kayu. Mayat Praitun kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Roi Et untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Suspek yang dikenali sebagai Watcharin, berjaya ditangkap oleh pihak polis ketika bersembunyi di dalam bilik air sebuah rumah berhampiran.

Dalam sesi soal siasat, Watcharin mengaku memukul isterinya dalam keadaan marah dan mabuk, namun mendakwa tidak menyedari bahawa tindakannya menyebabkan kematian. Dia juga mengaku cuba mengangkat dan membawa isterinya ke tandas untuk dimandikan, tetapi terpaksa meminta bantuan jiran apabila isterinya tidak memberi sebarang respons.

Sementara itu, pihak polis telah menahan suspek dan sedang mengumpulkan bukti untuk menyokong tindakan undang-undang.

Proses kini melibatkan pengumpulan kenyataan daripada saksi serta dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk memastikan penyiasatan dan pendakwaan berjalan dengan teliti.

Kredit: portal Thaiger

[fbcomments]