fbpx

Usahawan kontroversi terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri, 37, mendedahkan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada dunia nyanyian ketika ditemui media baru-baru ini.

@ohbulanofficial

Datuk Seri Aliff Syukri membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia nyanyian 😮 #ohbulan #sembangentertainment #aliffsyukri #keluar #dunia #nyanyian

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Tahun Terakhir Bergelar Penyanyi

Memetik laporan OhBulan! difahamkan Aliff Syukri membuat keputusan sedemikian adalah disebabkan faktor usianya yang semakin meningkat, selain sering mendapat kecaman netizen yang tidak henti.

“Ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang). Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” katanya.

Aliff Syukri turut menambah bahawa industri hiburan tanah air akan suram dan sunyi seandainya individu yang berperwatakan sepertinya tidak ada lagi dalam dunia hiburan.

“Kalau tak ada orang macam kami ni, tak ada monyet, tak ada kera macam kami ni, tak ceria Malaysia. Sebenarnya korang nak tengok gosip, kena bercerai, kena bertumbuk dan sebagainya,” luahnya lagi.

“Apa Masalah Netizen Sebenarnya?”

Dalam pada itu, Aliff Syukri juga akui ramai warganet hanya berminat untuk mengetahui perkara-perkara negatif yang terjadi kepadanya berbanding perkara baik.

“Kadang-kadang masalah korang ni satu, aku tak berjoget, kau tak nampak aku, aku tak terkangkang ke kau tak tengok aku! Apa masalah netizen sebenarnya?!

“Sebenarnya orang Malaysia ni kalau tak ada kes-kes negatif ni mereka tak nak tengok, cuba kalau saya lancarkan produk baru, ada orang nak tengok?! Tak adanya korang nak tengok!,” ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, pada awal April lalu.

Ia adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM yang mengatakan kandungan video teaser berjudul Love Raya yang dimuat naik oleh Aliff tidak menghormati bulan mulia.

Telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

Kredit: OhBulan!

[fbcomments]