Selepas beberapa hari berdiam diri daripada kontroversi yang melanda, PU Riz atau Haris bin Ismail kini telah memuat naik beberapa posting di IG story dan juga Instagramnya.


Allah akan menyelesaikan segalanya

Walaupun posting tersebut dibuat secara umum, namun ramai yang beranggapan ia ada kaitan dengan hubungannya bersama Neelofa yang kini didakwa sedang bergolak.

Perkongsian tersebut, PU Riz telah memuat naik satu potongan ayat berbahasa Arab disertakan dengan maksud.

“And know that Alla will resolve everything in the end, in a way you would never imagine.”

(Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang langsung tidak kita bayangkan.)

Jangan jadikan dunia sebagai perhatian utama

Beliau juga dilihat ada memuat naik sedutan rakaman ceramah yang disampaikan dengan meninggalkan kapsyen dalam bahasa Arab membawa maksud, “dan jangan jadikan dunia sebagai perhatian utama kami.”


Walau bagiamanapun, PU Riz sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai segala tohmahan mengenai hubungan mereka.

Namun Neelofa ada meminta agar orang ramai tidak mudah percaya dengan sebarang andaian berhubung kontroversi mereka dan turut memaklumkan apa yang berlaku ini adalah tidak manis untuk orang luar tahu dan kedua-dua keluarga juga masih berbincang mencari penyelesaian yang terbaik.

[fbcomments]