fbpx

Isteri kepada bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Penny Salman mendakwa dia tidak menyedari kecurangan yang dilakukan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Menurut kenyataan dari Gempak, Penny dan suaminya hidup bahagia tanpa bergaduh selama sembilan tahun bersama dua orang cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya dapat tahu tentang ini daripada kawan saya. Saya ingatkan saya wanita paling bahagia tapi kebahagiaan itu tercalar selepas Alya muncul.

“Allah juga yang gerakkan hati saya untuk bagitahu hal sebenar supaya saya jadi lebih semangat dan kuat di masa depan.”

Dakwa Penny lagi, hari pertama berjumpa dengan suaminya, Alya masih ada hubungan dengan seorang pelakon dan tinggal serumah.

Sejurus keluar dari rumah tersebut, Penny mendakwa Alya menyuruh suaminya menyewa sebuah apartment dan membeli barangan mewah malah mereka sudah merancang untuk berkahwin.

“Macam mana dia boleh mampu ada semua barang mewah sedangkan dia baru berlakon? Saya ada semua gambar cuma sikit saja yang ditunjuk.

“Dia gunakan kisah sedih untuk membuatkan orang berasa simpati. Suami saya berasa kasihan, dia pulak pandai berlakon.

“Suami saya ada sewakan sebuah apartment untuk dia tinggal di Ampang sebelum ini. Suami saya pun dah lamar dia dengan sebentuk cincin dan merancang untuk berkahwin. Tapi dalam masa sama, dia ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Suami saya dah putuskan hubungan mereka pada bulan Jun lalu.”

Dakwa Penny lagi, Alya sering berkunjung dan menempel di pejabat suaminya tanpa berasa malu walapun dipandang pekerja-pekerja lain.

“Pernah Alya bawa kawan-kawan dia datang makan di restoran suami saya tanpa membayar. Dia masukkan dalam bil bawah akaun suami saya.

“Tak cukup dengan itu, Alya pernah juga pergi kelab malam siap buka tudunglah.”

[fbcomments]