fbpx

Sudah lebih 24 jam pelawak ternama tanah air, Abam Bocey dijemput oleh Allah ke tempat berehat paling abadi. Namun, sehingga ke detik ini, berita pemergian Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada usia 32 tahun masih diperkatakan.

Pemergiannya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali Allahyarham.

Ribuan yang hadir

Apa lagi ketika melihat foto-foto di majlis pengebumian Allahyarham yang dihadiri ramai kenalannya membuatkan ramai yang menyifatkan, pengakhiran hidup Abam terlalu indah kerana pelawak terkenal itu disayangi ramai.

Jumlah yang hadir lebih dari seramai solat jumaat. Bahagian dalam,luar,kiri dan kanan masjid penuh sesak.

Kebaikan dan amalannya semasa hidup

Sosial media dibanjiri dengan kisah perkongsian selebriti, pendakwah, rakan-rakan industri hiburan berhubung pengalaman bersahabat dengan anak seni yang terkenal kerana personalitinya yang menawan.

“Saya merenung dan mendapati ada beberapa perkara yang abam Bocey lakukan dalam hidup.Pertama beliau tidak pernah meninggalkan ibu nya.Menjaga dan mentaati nya.Kedua beliau sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak.Ketiga beliau rajin bersedeqah.” – Salehhuddin Nasir, Pendakwah.

Saya bersama dengan izin allah dapat menyembahyangkan jenazah abam Bocey.Bersama saya ialah us Haslin Bollywood,Us Fadil…

Posted by Salehhuddin Nasir on Isnin, 10 Februari 2020

Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya .

Abam ringan diri pergi program Dakwah . Aku ingat lagi bila Kawan aku jemput dia program warung halal . Dia usahakan juga datang walaupun Bayaran tak tinggi, dia tak berkira.

Dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia . Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling.” – PU Rahmat.

View this post on Instagram

Sekitar solat jenazah Abam Bocey Jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat. Apa amalan Al Marhum Syed Umar ? 1) Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk . Dia tak amik hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya . Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk . Tapi dia tak marah Cuma dia marah bila orang kutuk Baby dia . Dia cakap . Kalau kutuk saya tak pe tp jangan kutuk anak dia 2. Dia melawan body shaming dengan bergaya . Masa dia sebut gemuk is Osem . Ramai orang pertikai . Gemuk tak osem . Gemuk berpenyakit . Tapi korang tak paham . Bukan maksud dia utk kekal gemuk . Tapi dia nak orang gemuk ada confidence diri. Selalu sangat orang gemuk di buli dan di hina . Kemudian sebelum dia meninggal . Dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa ? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan Yang pernah kutuk Abam. Elok lah kau minta maaf pada Keluarga Al Marhum . Elok lah kau bertaubat 3. Abam ringan diri pergi program Dakwah . Aku ingat lagi bila Kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal . Dia usahakan juga datang walaupun Bayaran tak tinggi Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku leh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam daj @shahrol_shiro . Ni dua pelawak Yang tak berkira kalau buat program dakwah 4. Abam pernah sebut , dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia . Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling Semoga Kau Aman didalam Alam Barzakh . Allahuma firlahu Warham Hu . Ya Allah ampunilah Syed Umar . Rahmati lah Syed Umar .

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat93) on

“Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah . Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga . Itu kuat nya abam . Insan Mulia”. – PU Amin.

Menghidupkan hati yang mati

Antara 3 amalan arwah Abam untuk kita contohi adalah, taat dan berbakti pada ibu nya, kuat bersedekah dan rajin untuk menghidupkan program dakwah di masjid-masjid.

Seimbang antara kerja dunia dan bakti akhirat .

“Pemergian mu menghidupkan hati hati yang mati. Kau lagenda yang terus disayangi. Semoga Allah memberi kerehatan dan kasih sayang Nya padamu. Orang melimpah keluar masjid bersolat dan mendoakan mu.”

Arwah kerap kali guna hashtag #KitaBaikRamaiSayang, ini lah buktinya. Ramai yang menyambut jenazah arwah, mendoakan arwah & bantu uruskan jenazah arwah. Ramai sayangkan arwah. Allahuakbar, sangat tersentuh. Jadikanlah ni pengajaran buat kita semua. Sentiasa lah berbuat baik, masa kita akan datang bila bila masa.

[fbcomments]