Tipulah jika kita tidak pernah merungut dalam kehidupan kita. Pasti kita sentiasa idamkan sesuatu yang lebih baik, sehinggakan lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah kita miliki.

Namun, gambar ini telah memaparkan seorang ibu gigih membawa dua orang anaknya menaiki motorsikal, telah mengundang sebak di hati netizen.

Ambil abang balik sekolah, adik terlelap dalam raga motor

Hanyalah sekeping gambar, tetapi kehidupan disebalik foto tiga beranak ini tiada siapa yang tahu. Hanya tawakal kepada Tuhan, si ibu gagah mengambil anak dari sekolah sambil membawa seorang lagi anak kecil.

Rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap keluarga itu.

Tangan ibu halang sinaran terik matahari

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana nikmat di dunia ini hanyalah sementara. Kaya atau miskin adalah ujian dalam hidup, yang penting kita sentiasa muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.

Sumber : MrIrwan Shah Nacm

[fbcomments]