Seorang bapa didakwa cuba menyerang pengadil perlawanan bola sepak dengan sebatang besi panjang setelah anaknya diberikan kad merah.

Video kejadian yang dimuat naik oleh pengguna X bernama RonKemar telah mendapat perhatian ramai, menimbulkan kemarahan dan kekesalan terhadap tingkah laku panas baran lelaki tersebut.

Video di bawah:

https://x.com/ronramka/status/1810190959155802526?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Bapa Tunjuk Lagak Sebab Anak Kena Layang Kad Merah

Dalam video yang dikongsikan itu, lelaki berkenaan dilihat berada di tepi padang sebelum mengambil sebatang besi yang kebetulan terletak berhampiran, lalu meluru ke arah padang untuk berdepan dengan pengadil.

Walau bagaimanapun, seorang anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di sekitar padang segera menghalang lelaki tersebut daripada menghampiri pengadil, sekaligus menenangkan situasi yang tegang.

Perkongsian video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen, yang kebanyakannya marah dan kecewa melihat sikap tidak bertanggungjawab bapa pemain bola sepak itu.

Ramai yang berpendapat bahawa mentaliti seperti ini boleh merosakkan masa depan bola sepak Malaysia, kerana wujudnya individu yang tidak mampu menerima keputusan perlawanan dengan hati yang terbuka.

Setakat ini, tiada penjelasan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung insiden tersebut. Lokasi dan masa kejadian juga tidak dinyatakan secara terperinci oleh pengguna X yang memuat naik video berkenaan, yang sekadar berkongsi momen tersebut sebagai satu bentuk kritikan terhadap ibu bapa yang menunjukkan sikap ganas dalam sukan.

Diharapkan kejadian ini dapat menjadi iktibar kepada semua pihak agar lebih berdisiplin dan bijak mengawal emosi demi kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak tanah air.

Kredit: X RonKemar

[fbcomments]