fbpx

Baru-baru ini tular satu kejadian yang memaparkan seorang anak tergamak mengasari ibunya sendiri yang kini sedang lumpuh, dalam kejadian di negara sebelah.

Video di bawah:

Pukul Dan Seret Ibu Yang Tengah Lumpuh

Menerusi sebuah video yang dikongsikan, kelihatan seorang anak lelaki dengan kejamnya memukul ibunya yang berusia 74 tahun. Aksi tidak berperikemanusiaan tersebut dirakam oleh isteri pelaku yang berusia 51 tahun, sebelum video itu tersebar luas di media sosial, mengundang pelbagai reaksi dan kemarahan daripada netizen.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan seorang warga emas bertudung putih sedang menangis menahan kesakitan akibat dipukul oleh anaknya. Kesedihan dan penderitaan wanita tua itu tidak dihiraukan oleh pelaku yang terus menampar pipi serta menyeretnya yang sedang duduk di lantai rumah. Tindakan pelaku yang tidak berperasaan ini menimbulkan rasa simpati dan marah dalam kalangan masyarakat yang menyaksikan rakaman tersebut.

Susulan daripada penularan video itu, pihak polis bertindak pantas dan berjaya menahan suspek pada 26 Mei lalu. Hasil siasatan awal mendapati bahawa insiden kejam tersebut berlaku pada 10 Mei dan bukan kali pertama mangsa dianiaya. Sebelum ini, warga emas itu sering menjadi mangsa kekerasan dan penganiayaan oleh anak lelakinya yang sepatutnya menjadi pelindungnya.

Mangsa yang kini trauma dan mengalami kecederaan ringan sedang menerima rawatan di hospital. Kesan daripada kejadian ini bukan sahaja meninggalkan parut fizikal tetapi juga emosi kepada mangsa.

Kredit: TVOneNews

[fbcomments]