fbpx

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad berkata kini dia mengalami kemurungan. Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh dirinya didalam Instagram.

Aku seorang lelaki

Perkara itu ditimbulkan selepas dia berdepan siasatan penguat kuasa agama atas dakwaan menghina Islam dan kesucian institusi agama, selain mendakwa dikasari.

Dalam coretan itu secara tidak langsung memberi bayangan berkaitan identiti gender sebenarnya dengan berkata “aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita”.

Dilema untuk beribadah

Dia juga berkata yang dia berdepan pelbagai dilema termasuk untuk beribadat.

Aku ada bertanya pada ustaz aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku (tapi) masih sembahyang pada Tuhan mereka berdasarkan kepercayaan agama masing-masing.

Aku dah perempuan, kemaluanku, tubuhku, cara hidupnya semua perempuan, aku nak solat, aku tak selesa solat (dalam) keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita, adakah solat aku sah dalam agama?

Semua bacaan lengkap, kiblat semua sempurna, (cuma) aku manusia tak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cacat ini terus kekal. Rupa-rupanya cacat dalaman lagi kuat tamparannya, adakah solat aku sah?

Dia mendakwa ustaz yang dirujuknya memberitahu jawapan yang melegakan dan sejak itu dia mula mendekatkan diri dengan Islam.

Bersolatlah cara selesa yang rasa bagus untuk diri awak, perlahan-lahan kenali Allah. Bila ustaz kata macam tu, hatiku kuat dengan agama. Makin dekat main sayang, makin cinta dan bahagia dengan Allah.

Sajat, 35, mengiringi luahan itu bersama gambar hiasan seseorang menutup muka dengan kapsyen: “Depresi: Terpuruk rasa ingin mati.”

Apa hukum aku yang bertukar jantina untuk bersujud?

Amalan kebaikan (menjadi) sia sia sebab pengenalan diri Sajat lelaki. Apa kubuat dikatakan perbuatan haram kerana cara hidup semua adalah wanita.

Aku buat kerja sedekah, wakaf, bina pagar masjid, mimbar, tempat mandi, membayar zakat setiap bulan, bersedekah selalu tak kira agama dan sebagainya cara aku nak tunjuk sayang Allah.

(Adakah) orang macam aku tetap haram? Apa hukum aku yang menukar jantina untuk bersujud pada Allah? Aku cacat. Ya aku cacat kerana naluri aku berfikiran wanita. Iman wanita aku kuat. Aku bukan iman lelaki walapun pengenalan diri aku lelaki.

Allah tak sayang aku

Bila jadi macam ini aku rasa Allah tak sayang aku dah. Kenapa lahirkan aku buat agama benci aku. Aku celik mata (jadi) Islam, aku baik dalam agama (tapi) orang agama memperkotak-katikkan perwatakanku.

[fbcomments]