fbpx

Ini bukan watak sedih dalam drama. Sebaliknya, ia adalah air mata dan tangisan terharu pelakon veteran, Wan Maimunah, 67, saat dikunjungi.

Terharu menerima bantuan

Beliau berasa sebak dan terharu saat menerima kunjungan dan bantuan makanan untuk kegunaan harian ketika berkurung di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wan Maimunah menerima kunjungan Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Setiap yang baik,Allah balas dengan kebaikan

“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.

“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya.

Sumbangan kepada selebriti tak perlu diperbesarkan

Sementara itu, Ustaz Sheikh Muhammad berharap sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan. Ini kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.

“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.

“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya yang turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP.

[fbcomments]