Seluruh dunia tahu bahawa bumi Australia telah dilanda pelbagai bencana sejak kebelakangan ini. Antaranya ialah, kebakaran hutan yang dasyat, hujan lebat, banjir kilat yang telah memusnahkan pelbagai harta benda dan ribut debu gergasi.

Namun nampaknya ia tidak terhenti disitu sahaja selepas dilaporkan nyamuk pembawa virus pula kini telah ditemui di bumi Australia.

Dikenali sebagai nyamuk gajah

Toxorhychites atau lebih dikenali sebagai nyamuk gajah dilaporkan ditemui berhampiran Gold Coast di Queensland di Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters.

Difahamkan nyamuk ini bersaiz besar bersamaan saiz syiling 20 sen.

Pembawa wabak

Serangga ini dikatakan boleh membawa wabak penyakit menerusi virus Ross River yang dikatakan tiada penawarnya.

GIANT MOZZIES

GIANT MOZZIES | Mosquitoes size of a 20 cent coins have been found across the Gold Coast's northern suburbs.As unsettling as it sounds, experts say the insects are vital to the ecosystem.

Posted by NBN Television on Selasa, 28 Januari 2020

Nyamuk gajah ini katanya hampir lima kali besar saiznya berbanding nyamuk biasa tetapi mereka memakan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

[fbcomments]