Buat pemilik kucing di luar sana, perkara yang merungsingkan sudah tentulah apabila kucing kesayangan kita jatuh sakit. Bermacam ikhtiar dilakukan apabila si comel itu menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti muram, kurang aktif atau pun selsema.
Apaila bawa haiwan perliharaan ke klinik, sudah tentu doktor akan membekalkan ubat-ubatan untuk diberi kepada kucing tersebut. Ramai pemilik yang tidak pasti bagaimana untuk memberi kucing makan ubat dengan cara yang betul dan selamat.
Jadi, teruskan membaca 5 tips bagi kucing makan ubat dengan selamat ini.
Melutut belakang kucing
Untuk bagi kucing makan ubat, anda boleh cuba melutut di belakang kucing. Letak tangan kiri di bawah tekak dan tangan kanan memegang pil sambil garu leher kucing untuk menenangkan kucing. Gunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan untuk buka mulut kucing. Bila mulut dah terbuka, terus masukkan pil ke dalam mulut. Pastikan di kawasan tekak atau jauh ke belekang mulut. Tutup mulut kucing dan urut perlahan-lahan supaya senang ditelan.
Sorok dalam makanan
Jika risau dicakar, anda boleh sorokkan pil ke dalam wetfood mereka. Pil yang kelihatan sepert palet akan membuatkan mereka tidak perasan. Namun, cara ini hanya berkesan buat sesetengah kucing. Ada juga yang bijak dan terus tidak makan wetfood tersebut.
Bagi Kucing Makan Ubat Dengan Hancurkan pil
Anda juga boleh hancurkan pil dan gaul dengan wetfood mereka. Jangan guna lesung batu yang ada bekas cili, nanti lain pula jadinya. Boleh hancurkan dengan lesung batu bersih. Sama seperti teknik di atas, ada kucing yang tidak tertipu dengan cara ini. Ingat! Tidak semua pil boleh dihancurkan. Tanya semula kepada vet anda jika perkara tersebut boleh dilakukan.
Bedung Kucing dengan Tuala
Anda juga boleh membedung kucing dengan tuala. Pastikan muka kucing menghadap ke atas. Selepas itu boleh la cuba membuka mulut mereka dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan masukkan pil sejauh yang mungkin. Hati-hati ya, kerana kucing boleh meronta! Dapatkan bantuan individu lain jika ianya terlalu sukar buat anda.
Beri Air atau Makanan Lepas Bagi Kucing Makan Ubat
Jika ubatan berbentuk pil, ada kemungkinan pil tersebut akan tersekat di kerongkong kucing. Sediakan air untuk membantu kucing menelan ubat tersebut atau berikan wetfood kegemaran mereka.
Akhir sekali,
Jangan risau jika mulut kucing kelihatan berbuih. Itu bukan bermaksud ubatan tersebut tidak bersesuaian untuknya. Tetapi sebenarnya kucing anda tidak suka akan rasa pil atau ubatan tersebut. Jadi penting untuk anda letakkan ubat ke belakang rongga mulut agar kucing kurang rasa ubatan yang pahit itu.
Good luck buat semua pemilik kucing di luar sana! Beri kucing makan ubat akan menjadi mudah dengan sedikit latihan. Jika anda mengalami sebarang masalah, anda boleh tanya lebih lanjut kepada veterinar terdekat. Baca 5 cara hilangkan kurap kucing di sini.