fbpx

Pernah tak anda nampak kucing anda tergaru sana sini? Atau kucing anda kerap menjilat bulunya? Inilah antara tanda kucing anda telah dijangkiti kurap atau fungal infection. Jika tidak dirawat segera, kurap ini akan merebak dan boleh mengakibatkan kematian.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda cuba untuk menghilangkan kurap kucing anda.

Gunakan ubat sapu untuk kurap

Cara yang paling digalakkan adalah dengan menyapu ubat antifungal pada kawasan yang dijangkiti kurap. Terdapat dua jenis ubat kurap yang boleh anda letak, iaitu ubat kurap jenis krim dan spray. Krim mempunyai keberkesanan yang lebih baik kerana konsentrasinya yang lebih pekat berbanding spray. 

Sapu minyak masak pada kurap kucing

Salah satu petua yang boleh anda cuba adalah dengan menyapu bahagian kurap menggunakan minyak masak selepas menggoreng ikan. Cara ini berhasil kerana adanya kunyit dalam minyak gorengan tersebut. Walaupun cara ini telah terbukti dapat merawat kurap kucing, tetapi ia tidak berapa disyorkan kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada si comel anda.

Mandikan kucing dengan syampu khas

Kaedah ini juga dikenali sebagai “medicated bath”. Anda boleh menghantar kucing anda untuk dimandikan dengan medicated shampoo di kedai-kedai grooming. Jika bajet anda tidak berapa ngam, anda juga boleh mandikan kucing anda sendiri. Tetapi, pastikan anda menggunakan syampu yang ada bahan antifungal. 

Cukur bulu kucing atau lion-cut

Cara ini sangat digalakkan untuk kurap yang telah merebak ke seluruh badan kucing. Ini akan memudahkan anda untuk merawat bahagian berkurap dengan lebih efektif. Anda harus menjaga kucing anda dengan lebih rapi kerana kulit kucing yang telah di lion-cut adalah sangat sensitif.

Pastikan kebersihan tandas dan persekitaran kucing

Faktor utama merebaknya jangkitan kurap pada kucing ialah persekitaran yang kotor.  Oleh itu, jika anda hanya merawat kurap tetapi tidak menjaga kebersihan, pasti kurap itu akan datang kembali. Pastikan tandas kucing kerap dibersihkan dan sangkar kucing dibersihkan secara berkala. Gunakan bahan pencuci seperti Clorox untuk membasmi kuman dan parasit. 

Kesimpulannya, jika kucing anda dijangkiti kurap, janganlah panik kerana ia boleh dirawat. Semoga artikel ini dapat menjadi panduan cat parents di luar sana.

[fbcomments]