Hidayah milik Allah. Sesiapa sahaja hamba Allah di dunia ini berhak mendapat petunjuk dengan izin-Nya.
Begitu juga dengan kisah seorang banduan akhir, dikala sedang menunggu detik hukuman gantung dijalanankan, di saat itulah Hidaya Allah tiba kepadanya.
Banduan akhir ucap Syahadah
Menerusi entri Instagram Ustaz Ebit Lew, beliau telah membuat lawatan di penjara dan ditakdirkan bertemu dengan banduan akhir dari Nigeria.
Setelah berbual mengenai Islam, banduan itu terbuka pintu hati untuk menerima Islam sebagai agama terakhirnya, sebelum dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Ikuti perkongsian beliau :
Allahuakhbar, banduan akhir ini menemui hidayah di saat menanti detik nyawa bakal diambil. Pengakhiran yang baik untuknya.