Baru-baru ini media tempatan melaporkan Dubai telah dilanda banjir kilat selepas hujan lebat dikatakan tidak henti melanda di negara Teluk tersebut.
@tmz The #Dubai airport looked like a marina, after a YEAR’S worth of rain flooded the city in JUST ONE DAY! 😱😨🌧
Lapangan Terbang Dubai Alami Banjir Kilat
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka mengalihkan sementara penerbangan masuk yang tiba pada petang Selasa (waktu tempatan) susulan cuaca berada dalam keadaan yang tidak terkawal dan luar biasa.
Menurut jurucakap lapangan terbang itu, beliau memberitahu kejadian ribut yang luar biasa itu telah menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan sebanyak 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk telah dibatalkan semalam. Manakala, tiga penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.
Berdasarkan laporan yang dipetik dari Metro UK, kejadian banjir ini telah memberi gangguan yang besar terhadap beberapa urusan penting di ibu negara itu.
Perkara ini dapat dilihat menerusi hantaran-hantaran di media sosial yang dimuat naik oleh penduduk yang menetap di kawasan berkenaan.
Walaubagaimanapun, pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai memaklumkan bahawa operasi penerbangan di sana telah beroperasi semula bermula hari ini.
Kredit: Metro UK