Khairul Aming merupakan influencer dalam penghasilan konten masakan. Pada 2023, genap enam tahun pempengaruh ini berkongsi resepi juadah menerusi siri ’30 hari 30 Resepi’ di platfom sosial media miliknya.
Namun, terdapat perbalahan dan kritikan yang dilemparkan terhadap resepi terbarunya iaitu sambal hijau bilis dan telur dadar yang dimuatnaik untuk resepi puasa kesembilan tahun ini. Juadah tersebut dikatakan terlalu berminyak dan tidak sihat.
Dalam video tersebut, bahan-bahan seperti ikan bilis, cili hijau besar, cili padi hijau, bawang merah serta tomato hijau digoreng dalam minyak panas dalam kuantiti yang banyak sebanyak dua kali.
Tidak cukup dengan itu, KA telah menunjukkan cara mendapatkan telur dadar yang lembut di dalam dan garing di luar yang turut menggunakan minyak yang banyak.
Pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah antara personaliti yang lantang menyuarakan pendapat beliau tentang masakan tersebut.
“Salam Khairulaming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat.
“Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia.
“Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merudum,” katanya menerusi Twitter pada Sabtu malam.
Menjengah ke ruang balas, netizen memberi pelbagai reaksi. Ada yang faham akan teguran pakar tersebut, malah tidak kurang juga yang mengkritik teguran yang dirasakan tidak perlu itu.
Sumber: Twitter