fbpx

Seorang bekas guru agama hanya sempat menikmati kebebasannya selama 10 hari, sebelum sekali lagi didakwa di atas kesalahan yang sama atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak pada Mac 2019.

Melakukan kelucahan terhadap kanak-kanak lelaki

Tertuduh yang berusia 39 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada Mac 2019 antara jam 2 hingga 3 pagi di sebuah pondok tahfiz, Kubang Kerian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara minimum tiga hingga 15 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

Sebagai rekod pada 2016, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya pada tahun 2014.

[fbcomments]