Baru-baru ini industri hiburan tanah air digemparkan dengan isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Para pelakon membuat laporan polis

Isu tersebut kemudian menjadi bertambah serius apabila seorang pelakon teater iaitu Che Mat membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Laporan berkenan dibuat apabila Che Mat berasa tertipu dengan janji manis pelakon dan pengarah Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Che Mat berkata, sepanjang 18 tahun terbabit dalam dunia teater ini adalah pengalaman terburuk pernah dilaluinya apabila terpaksa meminta hak yang sepatutnya dibayar mengikut perjanjian.

Janji nak bayar malam final

Seorang lagi pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, Mark Adam turut kesal Syarikat Ogy Ventures & Network gagal melunaskan baki bayaran biarpun berjanji melangsaikannya pada hari terakhir persembahan iaitu pada 1 Mac lalu.

Mark mendakwa syarikat Ogy itu masih berhutang dengannya sebanyak 70 peratus daripada bayaran keseluruhan.

“Saya hanya dapat 30 peratus bayaran, itupun diberi lewat daripada dijanjikan. Kami sudah beri yang terbaik untuk menjayakan pementasan itu.”

“Lebih dua minggu kami komited berlatih di IB dari pagi hingga tengah malam. Kami berusaha bersungguh-sungguh buat orang terhibur. Sudah tentu saya kecewa… Dari awal berjanji macam-macam, tapi semuanya bagai tidak serupa bikin.”

Apa yang membuatkan Mark lebih kecewa adalah sikap Fauziah yang didakwanya berdolak-dalik.

“Bayangkan, bayaran pertama saya ditangguhkan. Sepatutnya, bayaran itu perlu dilunaskan selepas kontrak ditandatangani. Tetapi, saya terima selepas dua minggu berlatih. Apabila setiap hari bertanya, barulah dibayar.”

Pengarah turut tampil menyuarakan pandangan

Terbaru, pengarah teater tersebut, Khir Rahman tampil menyuarakan pandangan terhadap kemelut berkenaan.

Menerusi posting di Twitter, Khir menjelaskan dia kini sedang cuba untuk menahan isu berkenaan tersebar di media sosial.

Tidak melarikan diri

Sementara itu, Ogy ketika dihubungi berkata, sehingga kini dia tidak putus usaha untuk melunaskan baki bayaran kepada barisan pelakon dan kru produksi teater itu.

“Lambat atau cepat, saya tetap bayar.”

Malah Ogy turut menafikan tindakan berdiam setiap kali diaju pertanyaan mengenai isu bayaran, sebagai percubaan melarikan diri.

“Tidak ada sebab untuk saya melarikan diri. Saya masih menggunakan nombor telefon sama dan ada dalam kumpulan WhatsApp produksi berkenaan.

“Itu tanggungjawab saya… Saya tidak akan lepas tangan. Kali terakhir saya menghantar mesej kepada kumpulan adalah Khamis lalu. Saya beritahu bayaran akan dibuat dan meminta diberi masa untuk menyelesaikan perkara ini.”

“Tidak dinafikan, besar dugaan dan cabaran yang saya hadapi, namun, itu bukan alasan melarikan diri.”

Call tak angkat, text tak reply dan kena block?!

Tapi apa Che Mat cakap sebaliknya… Tengok IG Che Mat ni:

Kata-kata Che Mat setelah Ogy keluarkan kenyataan kononnya tidak melarikan diri:

“Adakah kami salah lagi? Kebenaran apakah ini?”

“Betul kami salah, kami salah bekerja dengan dia ni. Baru aku tau talam dua muka dan manusia busuk hati itui benar wujud serta nyata,” – Che Mat Raja Lawak

[fbcomments]