fbpx

Semalam seorang artis serba boleh yang dikenali ramai, Alif Satar mengesahkan dirinya kini positif COVID-19.

Alif yang membuat pengumuman itu melalui entri Instagramnya terkejut dengan keputusan ujian saringan yang diterimanya semalam.

Baru buat persembahan Muzik Muzik

Untuk pengetahuan, beliau sebenarnya baru sahaja membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, Jumaat lalu dan Ahad disahkan positif Covid-19.

Dalam kesibukan penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19.

Malangnya, keputusan terkini yang baru diterima hari ini menunjukkan saya positif.

Perkara ini amat mengejutkan dan mendukacitakan.

Beri nama kontak rapat dalam masa 14 hari

Tambah Aliff lagi, perkara pertama yang difikirkan adalah keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak termasuk rakan di set penggambaran dan kontak rapat.

Beliau turut menyatakan sudah menyerahkan senarai nama dan butiran kontak yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada Kementerian Kesihatan.

Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya mohon doa semua supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Saya berdoa supaya semua terhindar daripada sebarang kemudaratan.

Berita kesihatan pengacara ini pastinya amat mengejutkan kerana SFMM35 masih berbaki satu hari dan semalam pula merupakan pengumuman 12 lagu yang bakal layak ke pentas Anugerah Juara Lagu k-35 awal tahun hadapan.

[fbcomments]