Tindakan seorang pemandu bas ekspres yang didakwa menonton siaran langsung menerusi telefon bimbit ketika sedang memandu mengundang kecaman pengguna media sosial.

Pemandu Bas Didakwa Tonton Live Ketika Memandu Undang Kecaman

Rakaman berkenaan dikatakan diambil oleh seorang penumpang yang berada dalam bas tersebut, dengan pengguna mempersoalkan tahap keselamatan apabila pemandu didakwa memberi perhatian kepada telefon ketika kenderaan sedang bergerak.

Menerusi perkongsian di Threads dikenali sebagai Caachi7768, beliau mendakwa keadaan itu berlaku ketika perjalanan bas berkenaan. Berdasarkan video yang dikongsikan, telefon bimbit kelihatan diletakkan di bahagian kanan pemandu dan memaparkan siaran langsung, manakala bas ketika itu melalui jalan yang agak sesak dengan pergerakan trafik yang perlahan.

Menurut individu itu, dia pada mulanya berasa pelik apabila bas bergerak dalam keadaan seakan senget dan pemandu dilihat kerap memandang ke arah kanan, sebelum menyedari pemandu sedang menonton siaran langsung.

Ruangan komen hantaran itu turut dipenuhi pengguna yang mendakwa pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menggunakan perkhidmatan bas daripada syarikat sama.

Kredit: Kosmo!

 

[fbcomments]